Saturday, October 2, 2010

First Day




Monday, 12th May 2008…
Hari ini merupakan hari yang memulakan perjalananku ke Tingkatan Enam, tetapi hari itu juga merupakan hari yang huru-hara juga dibuat oleh saya. Ini kerana saya tidak mengetahui bahawa hari itu merupakan hari pertama orientasi tingkatan enam ini. Lagipun saya lupa untuk mengambil surat tawaran daripada sekolah lama saya. Pada masa itu, keadaan agak kelam kabut semua dokumen yang disediakan hilang secara tiba-tiba sebab tak ingat mana letaknya slip keputusan SPM tu…Mati I kena dimarahi oleh mak saya sebab tak buat persediaan dengan baik nak pergi sekolah.
Akhirnya, mak saya membawa saya ke sekolah kat Pandan Indah meminta salinan slip keputusan SPm dan surat tawaran ke tingkatan enam tersebut. Apabila saya melihat surat itu, baru saya tahu sekolah baru saya adalah di taman tasik. Dalam kereta saya kena kao-kao teruk oleh mak, sebab hari pertama persekolahan kelam kabut macam budak tahun satu pergi buat pendaftaran. Malunya saya datang lambat pada hari orientasi tersebut. Bila saya sampai sekolah taman tasik, saya rasa sekolah itu besar terutamanya dewan ibnu khaldun.. Memang besar berbanding sekolah menengah dulu saya. Tapi di situlah saya mendapat harapan saya untuk terus berjuang mendapat tempat ke IPTA.
Saya berjumpa dengan kawan-kawan lama dan baru…Saya sedang melihat keadaan tingkatan enam ini, tetapi ini adalah satu permulaan sahaja…Masa tu saya masih malang lagi tak de kawan, semua kawan lama sudah tak ade, mempunyai kehidupan mereka sendiri. Tapi saya pula memulakan kehidupan baru dengan begitu teruk sekali. Lambat ke sekolah, dokumen lupa ambil, slip keputusan hilang, kena dimarahi teruk-teruk pula. Ini bagaikan satu malapetaka bagi saya. Segalanya menjadi teruk. Ini menyebabkan saya kehilangan keyakinan saya lagi. Ingatkan nak mulakan hidup tetapi menjadi malapetaka pula. Selepas orientasi, mulanya buat pendaftaran dengan penyelaras tingkatan enam, iaitu cikgu Azah, guru inspirasiku…Haha…
Selepas membuat pendaftaran saya meronda-ronda sekeliling sekolah baru, mengunjungi tandas, kantin sekolah, bilik guru dan pusat sumber sekolah…Semuanya berlainan tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah bangunan belajar khas untuk tingkatan enam. Saya mula berjumpa dengan senior-senior berpakaian uniform. Uniform mereka berlainan dengan budak sekolah menengah. Tingkatan enam memang lain…Saya merasakan saya akan menghadapi satu cabaran yang berat yang saya perlu menghadapi. Tetapi saya telah bertegas untuk masuk tingkatan enam sebab saya ingin membina semula diri saya ini. Oleh itu, saya dah membuat persediaan dari segi mental bahawa tingkatan enam memang susah tetapi asalkan rajin dan sabar pasti boleh mencipta satu kejayaan yang cemerlang.


Selepas rehat saya teruskan dengan program-program orientasi mengenai kenapa kita masuk tingkatan enam??? Jawapannya sebab nak masuk universiti. Persoalan tetapkan matlamat, merancangkan arah perjalanan ke IPTA dan masa depan… Pelbagai persoalan ditimbulkan dalam kepala otak saya. Tapi saya tetapkan satu matlamat sahaja iaitu masuk universiti dahulu tak kisah lah nak ini ke itu… Sebab masih keliru terhadap kemahuan saya dalam pelajaran. Lagipun , saya memang tak ada matlamat masa itu.
Program orientasi tersebut dijalankan selama seminggu sebelum diaturkan masuk mengikut aliran sains dan sastera. Oleh itu, pelbagai seminar dijalankan seperti;
Ø  Memperkenalkan guru-guru tingkatan enam
Ø  Cara untuk memohon menjadi pengawas dan pengawas PSS
Ø  Subjek yang ditawarkan oleh sekolah mengikut aliran
Ø  Cara untuk memohon untuk pindah sekolah dan tukar aliran
Ø  Peraturan sekolah dan tatatertib pakaian sekolah dll
Ø  Pendaftaran STPM (paling penting)
Oleh itu, banyak kena masuk otak lah...Haha... Semuanya masih baru lagi. Saya masa itu, aliran sains tapi nak tukar kepada aliran sastera kena nak ambil subjek sejarah...Lagipun, saya minat sejarah boleh jadi lawyer (loyar) hehe...Saya dapat borang daripada cikgu Azah untuk pertukaran aliran. Tapi, kena dapatkan kelulusan daripada kaunselor sekolah melalui meghadiri satu perjumpaan beramai-ramai dengan kaunselor dengan memberi sebab yang munasabah nak tukar aliran. Semasa proses permohonan, saya mengenali seorang kawan perempuan kerana saya ambil inisiatif cuba berkenalan dengan kawan-kawan lain. Kawan pertama saya kenal adalah Meiling...Haha...Bagi saya ini merupakan permulaan untuk menjalin semula hubungan persahabatan bersama rakan-rakan tingkatan enam ini. Jadi, saya mesti mengubah sikap saya supaya orang lain dapat menerima saya. Dialah orang yang membantu saya untuk meneruskan perjalanan ini.
Sebab nak tukar jurusan kerana cita-cita nak jadi peguam dan suka sejarah itu sahaja. Haha..Nasib baik dapat diluluskan. Seterusnya, kena hantar kepada Pejabat Daerah untuk mendapatkan kelulusan kena tunggu seminggulah...Tapi cikgu Azah mula buat pertukaran kelas untuk saya dan rakan-rakan saya lain. Saya bersama-sama WEIKEAT, MAYMAY, dan MEILING diaturkan ke kelas sastera akhirnya iaitu kelas L6SS2...
Apa pendapat anda tentang kelas L6ss2 ini??? Bagaimanakah keadaannya??? Apabila saya masuk ke dalam kelas itu...Satu perkataan sahaja boleh saya katakan iaitu ‘SERAM”!!!!!!!!!!!!!!!!!! Haiyo...Keadaan kelas itu tak ada aura satu kelas la... Saya Cuma berasa seram dan rasa harapanku untuk berjaya adalah semakin nipis sebab saya takut menjadi teruk. Tetapi...Rupa-rupanya kita tidak boleh menilai atau meramal sesuatu keadaan dari luaran sahaja. Selepas beberapa hari sesi berkenalan... Hmmm.. Tak dapat dikatakan rupanaya budak SS2 gempak juga..Haha..Dari situlah saya menemui kegembiraan saya...Haha.. Kita mula bergaul dan berkenalan sesama diri kita dan berbual mengenai kehidupan lalu. Saya berkenalan dengan Syaufiq...Sebelum dikenali lelaki brengset... Selain itu, berkenalan dengan LINYEE, PUILING, SUE NEE, dan lain-lain. Masa berada dalam kelas tersebut sebelum budak-budak lain berpindah ke sekolah lain. Kelas kami menjadi kelas yang meriah kerana bertambah bilangan pelajar. Saya juga sering bergaduh dengan kawan saya OON KAM SIONG. Di mana dia berada saya sentiasa bertekak dengan dia sehingga dia berpindah ke SMKPM-sekolah pandan mewah. Kawan-kawan yang meninggal kelas ada yang mendapat tawaran lain seperti MAY MAY dapat tawaran daripada Maktab Perguruan, PUILING dapat tawaran ke IJN untuk menjadi jururawat, SUE NEE, KAM SIONG dll pindah ke sekolah pandan mewah, TANUJA dapat tawaran ke Politeknik...
Tiba-tiba rasa kehilangan pulak... Sebelum mereka meninggalkan kelas SS2 ini kita keluar beramai-ramai makan bersama-same sebelum mereka menuju arah mereka sendiri. Saya, MEILING, LINYEE, MAYMAY, PUILING dan WEI KEAT keluar makan kat Pandan Indah.. Sebenarnya inilah kali pertama saya keluar dengan kawan beramai-ramai dan saya tidak pernah merasai keluar beramai-ramai bersama kawan-kawan yang baru dikenali.